Tiramisu

Most of our old wounds heal, leaving nothing behind but a scar. But some of them don't. Some wounds we carry with us everywhere, and though the cut's long gone, the pain still lingers. Some things we just have to learn over and over and over again...

Malam Pesta muda mudi

Aku sudah lama tidak menulis...bukan kerana terlalu sibuk,
tetapi aku ketandusan idea dan tiada mood utk menulis..
Malah hati aku juga turut disakiti oleh sikap pentadbiran yang ntah-apa-apa-ntah..
Aku kene sentiasa buat follow up borang yang dah berkurun lama aku anta..
Aku fed up dgn cara kerja diaorg.tak ada sistematik, tak inovatif dan tak berkualiti.

Malam semalam aku gi Cheras umah kakak aku utk dptkan cop pengesahan.
Mlm ni kene gi balik nak ambik kesemua 45 keping salinan yang telah disahkan.Nasib baik kakak aku consider sbb aku ni adik dia. Selalu aku mintak tolong Ketua Jabatan aku je tapi dia tak ada gi Chiang mai .
Lepas balik dari umah kakak aku, Joe ajak kuar minum. Aku call Farid suruh dtg lepak sesama.
Jam 10.30 mlm kitaorg jumpa kat Shell. Borak2 jap pastu gi kedai nak makan.
Aku tak ada selera nak mkn sbb da penat sgt. Seharian aku tak rest pun. Lepas abis kejer, terus gi umah kakak aku. Redah jam, redah hujan, dan semua anggota badan aku letih, lesu dan penat.


aku dengar Joe cerita pasal game rugby 24hb ni kat mana ntah..
Aku rasa mcm dengar mcm ni la
"eh farid, ko call la bebudak lain confirmkan tarikh" joe ckp smbil hisap rokok
"da la,aku da call tapi amir ckp tukar tarikh"farid balas.
aku da letakkan kepala atas meja da.aku penat sgt
" Nnt ko confirmkan dgn amir, pastu bgtau bebudak lain" Aku dgr joe balas.
"Yela..nnt aku buat la" FArid balas smbil minum air..

Tetiba diaorg senyap..aku pun senyap je la..
Bukan apa, aku malas nak interfere pasal function diaorg. yg Aku tau,aku support aktiviti 2 org yang amat rapat dgn aku sejak sekolah lg ni.
Aku kawan dgn diaorg sejak sekolah. Aku makin rapat bila aku dapat masuk UKM masa 2004. kebetulan Joe dapat keje kat Hotel Palace Golden Horses sebagai chief.
Memula dia tak suka keje tu, tapi aku dengan farid bgtau dia supaya teruskan keje. Farid duduk Nilai, Joe duduk Kajang, Aku duduk Bangi.
Jadi tempat aku tgh2, menjadi tempat biasa kitaorg jumpa.
Bulan 8 aku grade,n still keje kat Bangi, jadi tak ada masalah la.
Awal tahun 2007, Joe masuk Competition Ice Carving peringkat Asia kat KLCC representative Hotel dia.
Aku ingt lagi, Joe cuak dan mengigil sbb dia tak ada idea nak ukir ais tu jadi apa . First time dia masuk Competition besar selain ragby.Masa makin berjalan ,ais pulak makin mencair.
Tapi aku dgn Farid sebagai kawan, sentiasa sokong dia..(padahal tak tlg apa pun...tgk je dia mencarut ntah apa-apa)
At last, Joe dapat tempat kedua dan kami memang bangga dgn Joe. Ais yg dia ukir gambar ikan dgn laut. Aku tak igt mcmana da rupa bentuk ais dia tapi dia sgt gembira. Aku dgn Farid juga amat gembira.....(sbb Joe mesti belanja kitaorg ...heheheheh)

"wei.."joe tempik sambil tepuk meja makan..Terperanjat aku
"pehal ko tdo kat sini ni.ngantuk sgt ke?" Joe menjegilkan mata dia kat aku
Aku bangun dan pandang sekeliling..Ya Allah. Aku kat restoran lagi..mcmana aku bole tertdo kat atas meja ni..malu aku..jatuh saham aku bila mamat2 kat situ pandang aku..
memang joe dgn Farid gelak aku kuat2 kat situ..memang s***,

Aku bangun ambik kunci kete , balik umah.Aku suruh Joe dgn Farid tgg aku kat kedai tu.
Sampai umah, aku mandi, tukar baju pastu kuar balik jumpa diaorg.
Sampai je, aku terus rasa lapar, order makan dan makan lagi..
Aku makan sambil ditemani oleh Farid dan Joe yg memang mulut tak reti diam mengejek aku.
Nak aje aku stapler mulut memasing dengan dawai kokot saiz besar..Biar diam skit.

Malam itu, aku gembira walaupun aku digelakkan oleh kawan-kawan aku..
Yang penting, aku kenyang...
Aku makan ada org yang temankan aku..
Aku makan ada org belanja aku..hheheheh



Aku tidak suka kepada kau

Setiap org itu ada kelemahan dan kekuatan dalaman masing-masing
Tapi aku masih tak tau apa kekuatan aku..
yang paling ketara sekarang, adalah kelemahan aku yang semakin aku nampak dan
membuat hidup aku huru hara..

Aku tak malu untuk mengaku itu adalah kelemahan aku..
Aku juga bersedia menerima ia,
dan aku juga sedia untuk merubah sikap itu..
Tapi aku amat payah sekali untuk merubahnya..
ia selalu datang tak kira keadaan dan masa aku..

Aku amat sukar sekali untuk memilih antara 2 benda,2 perkara, 2 org mahupun 2 pekerjaan..
Aku tak pandai membuat keputusan!!!
Dan itu adalah kelemahan aku yang paling ketara..
Mcm-mcm da aku lalui tapi aku masih tak dapat memperbaiki kelemahan aku..
Aku sakit hati dan
Aku merana,
aku takut org sekeliling aku juga turut merana kerana sikap aku..

Mcm lunch td, aku tak tahu bahagian ayam mana yang perlu aku pilih utk mkn..
Aku juga turut rungsing minuman apa yg aku nak minum..
Aku terpaksa meminta pendapat kawan-kawan aku..
ok..x pe la..itu hal kecik..

Tapi agak kronik, bila aku tgh drive..
aku tak pasti samaada nak guna Elite Highway ataupun Federal Highway utk ke Shah Alam.
Aku terpaksa tpon abg aku tanya jalan mana yg bagus..

Agak teruk bila ia melibatkan hati dan perasaan org lain..
Aku tak tau mcmna nak mintak hutang kengkawan aku dgn aku..
Aku takut diaorg terasa, tapi pada masa yg sama aku perlu duit itu..
Aku tak tahu mana satu org yang paling memahami aku..
dia atau org lain yg rapat dgn aku?
Aku takut tersalah pilih..nnt aku akan sakit dan merana.

Paling teruk bila kelemahan aku ini melibatkan masa depan aku.
Aku nak sambung peringkat master tapi ayah aku prefer aku kerja dulu..
Aku tak tau mana satu yang aku nak..
sambung master atau kerja dulu.?
Aku tak tau dan sampai sekarang aku tak tau apa keputusan aku..

kadang-kadang, aku dapat 2 offer job yg agak bagus..
tu pun aku tak bole decide yang mana satu..
aku huru-hara la sebb sikap aku ni..
nyah kau si huru-hara..
Pergi ko dari hidup aku..
Aku tak mahu kau terus ganggu aku lagi!!!

Sekarang ni aku juga tak tau
aku patut balik umah ke atau duduk bangi sampai esok tgg ayah aku ambik?
errr...aku sgt lemah nak buat keputusan...

Malam itu aku sendiri...

Hai ...apa kabar kamu semua hari ini?..
aku biasa saje..baru pulang dari interview di Putrajaya dan sgt penat sbenarnya..
tapi aku masih lagi masuk ofis utk check email dan download bleach..(heheheheh)


Semalam aku baru balik dari UIA utk seminar computer Algebra. Sempat jumpa member aku kat UIA sementara kawan-kawan aku yg lain sibuk mendengar ceramah yg bosan.Balik dari UIA aku terus pegi ke PPI utk pengurusan akaun pekerja. itu adalah hari semalam manakala sekarang aku berada pada hari ini dan di tempat duduk hari ini.

tetapi yg ingin aku sampaikan adalah kisah hari semalam.errr..x pe kan..

Mlm td tgh aku tgh lepak2 kat depan tv,aku rasa lapar yg teramat sgt..aku malas nak kuar umah sbb hari ujan..lgpun budak bujang ramai kat simpang.aku malas la..aku segan.takut diaorg mengacau ntah ape2 je ckp nnt .

Bebudak umah aku semua nyer gi Library ..ye la..memasing sibuk nak exam..tak mcm aku yg dah mula nak kerja ni.
aku duduk je termenung kat tepi tingkap umah tu.. bosan sgt la...
aku nak kuar tapi tak best sengsorg..semua org pun tgh sibuk sekarang..

"hello..awak.."aku ckp setelah mendail nombor seseorg
"saya lapar,nak belanja saya mkn tak?" aku tanya
"laa..kan malam semlm saya da belanja"seseorg itu membalas
"itu semalam, hari ni belum" balas aku hehehehe..demand tak aku?
"nak saya dtg?"seseorg membalas
"errr..tak yah la..mcm malas la pulak"aku balas...sebenarnya aku lapar oohh...


emmm..aku memang baik..aku tak suka susahkan dia..tak kan la tetiap hari pulak dia nak dtg kan..
aku baring balik..sambil mengira berapa kali kipas syiling itu berpusing.
tetiba..

"hello... ayah sesat ni..kat depan surau al-Falah"suara garau di tepon aku
"laa..mana org tau..surau tu kat mana pulak..ayah kat mana ni?" aku balas..ayah aku rupanya..
sesat kat mana pulak org tua ni..
" kat area umah ko la" ayah balas..marah nampak. aku dengar suara mak aku bebising kat ayah aku..
"eei..kat sini ada surau al-Taqwa. mana ada surau al-Falah." aku balas..aku pun mcm bengang je
"tgg ayah kat surau al Taqwa tu..nnt ayah dtg sana"ayah aku balas
aku tukar bj ,sarung selipar terus jalan kaki gi depan surau Al- Falah tu..
15 minit kemudian

"hello..ayah kat mana?"
"org tgg kat sini da satu jam da.imam pun da balik da..ayah kat mana ni?"aku tpon ayah aku
"kat depan padang ni ha..ntah mana jalan ntah mak ko suruh masuk" ayah aku marah aku
" adui..tgg situ..org dtg amik"aku jgk yg kene pegi carik..
aku jalan kaki balik umah,pinjam moto kawan aku...
20 minit aku pusing cari kete ayah aku..
last sekali...

"ni bukan depan padang ni yah"aku ckp setelah jumpa kete ayah aku
"ni depan tanah kosong,tempat org buang sampah" aku jawab ..sedikit bengang
"ala..sama je la" ayah aku balas.aku terus balik umah sambil ayah aku follow dari belakang

"da makan belum?"mak aku tanya lepas aku masuk kete ayah aku.
"ma dgn ayah da makan?"aku tanya balik
"belum"ayah aku jawab
"yea..yea..jom makan jom ayah"aku jawab dgn gembira sbb aku tau ayah aku belanja dan kami pergi bersama-sama ke restoran berdekatan.

ye....itulah aku...
aku sgt lapar mlm td dan ayah aku telah membelanja aku makan.nasi goreng mak aku yg tak abis pun aku abiskan..hehehehhe
ayah dgn mak aku mesti teringatkan aku sbb da 2 minggu aku tak balik umah.
aku juga amat teringatkan mak dgn ayah aku..mgkn sbb itu ayah aku dtg belanja aku mkn.
hehehhehhe

yg pasti,mlm itu aku tidak bersendiri lagi..
ok...chow...

Riang Gembira

aku sgt bz mgg ni..hehehhe tak sempat up date blog aku..

hari ni pun aku ada seminar Computer Algebra.ntah menatang apa pun aku tak tau.aku

kene duduk dgr pasal research lecturer dari mexico. ok..tak yah cite pasal hari ni yang tak berapa menarik utk dikongsi..



hari sabtu

aku ikut konvoi motobike ke rumah terbuka kat putrajaya. then ambik beberapa gambar.

pastu terus melawat kawan aku yang baru beli moto honda CBR 400 cc. best. tapi sakit la aku nak duduk belakang..

Gamba kemudian hari aku akan upload. yela...bg photographer beginner mcm aku ni kena la edit gamba utk masa yg panjang...terhegeh-hegeh lagi belajar.
balik umah jam 100 malam


hari ahad

pepagi lagi aku da kuar umah.first,pegi umah kawan aku kawin.. shoot beberapa gamba. then bergegas ke stadium kelana jaya untuk tgk perlawanan rugby Final antara team Cobra malaysia dengan Canterburry dari New Zealand

hehehehhe...time kasih joe sbb belanja tiket ..

seperti yg aku nampak, Cobra sgt lemah dari segi pertahanan. manakala pasukan Canterburry pula sgt garang pada bahagian serangan. Dan semestinya pasukan Canterburry menang sbb pasukan dia memang kuat.

Paling yg menarik bila diaorg semua akan bg souvenier seperti stoking, jersi, but ragbi dgn bola ragby team diaorg pada peminat kumpulan diaorg..cheh..kalo aku, x sanggup nak amik stoking .

Malangnya aku tak bole nak shoot gambar sbb bateri out.cis!! satu kerugian sbb ada team yang buat hakka( trademark bg group ragbi diaorg ). da la tak sempat nak amik gambar dgn diaorg.



on the way balik aku kene drive dgn sesak-sesak jalan raya..perut lak lapar..

sampai bangi kitaorg melepak smbil makan-makan. sambil tu cerita pasal next aktiviti.

Aku nak gi Bagan Lalang untuk capture beberapa gambar. Joe pulak cadangkan pegi Fraser Hill dan Farid cadangkan pegi Singapore.
HuH...nampak sgt bajet tmpat aku yg paling murah...nyampah

Diaorg tau nak gi tmpat best je tapi duit tak ade..

Malas nak melayan diaorg, aku ajak balik sbb esok nye aku ada seminar.

aku tiba kat umah jam 11.30 mlm..



Anyway..hujung minggu aku memang menarik..aku penat tapi aku suka.



Rasional tanpa emosi

Arrghhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!

satu petang,aku terasa ingin menjerit sekuat hati sambil menangis
sbb kunci kereta aku tertinggal dalam kete..


aku ckp kat kengkawan aku
"mcm mana ni..aku nak gi PPI?" aku ckp ala-ala mcm nak nangis
"cuba ko cungkil tingkap" member aku ckp
"x bole..tgn aku kecik"aku mengeluh

aku ada 4 strategi dalam kepala otak aku
pertama
" pak guard.,kunci saya tertinggal la dalam kete.mcmana ni?" aku panggil pak guard UKM
pak guard tu sedaya upaya menolong.
last2 dia ckp
"mcm ni la,saya antar awak kat KTM awak balik umah amik kunci spare"
cis!kalo mcm tu aku pun bole..
stategi pertama fail

kedua
"awak,kunci saya tertinggal dalam kete.mcmmana ni?"aku mengadu mengharapkan pertolongan
"saya tgh keje la ...ada meeting ni ..awak mintak la tlg pak guard"seseorg membalas
"ok"aku balas dengan kecewa.padahal itulaperkara yg pertama aku buat.
baik tak yah tpon dia td..

ketiga
"Assalamualaikum"aku ckp smbil tolak pintu technician ofis aku
"Waalaikumsalam, ada apa2 ke?"technician tu jawab smbil pandang muka aku.
technician ofis aku seorg yg serius.aku rasa dia buat-buat serius nak takutkan org pengecut mcm aku ni
"bang, erm..kunci kereta saya tertinggal dalam keter. abg tau tak mcmana nak buat?"selambe je aku tanya
"lah..abg pasal komputer ok.tapi kalo keter mcmana pulak"dia jawab
"x pe la,abg gi tgk dulu mcmana k"dia jawab
sekaligus memberi aku harapan yang aku rasakan dunia aku kembali berwarna-warni dan kelihatan beberapa burung sedang riang berterbangan

"errr..abg tak pandai la dik mcm ni"techncian tu jawab
cis!!!ini lg sorang.pemberi harapan palsu. hati aku hancur berkecai mcm dipkul dgn penukul batu.rasa pedih mcm dihiris dgn pisau belati kemudian di rendam dgn limau nipis dan diperah-perah untuk dijadikan pencicah dgn ikan panggang. sakit nya mcm daging korban disiat-siat dan dilapah2 dgn pisau yg tajam untuk dibahagikn kepada jiran.

dan last sekali..aku menyerah kepada emosi aku

"hello"
" ayah,kunci tertinggal dalam kete"aku tpon ayah aku smbil tahan suara menangis
"nak buat mcmana?"aku soal ayah aku.
Diam.mesti ayah aku nak marah sbb aku cuai...

"tgg situ,ayah datang"ayah aku jawab setelah diam sejenak
"time kasih ayah"aku balas smbil termenung.

aku rasa sedih sbb susahkan ayah aku lagi untuk sekian kali ....
aku juga sedih sbb aku rasa aku tidak pandai berdikari lagi...
aku sgt sedih sbb aku tidak boleh selesaikan masalah yg aku cipta sendiri...

sekarang,aku bisa mengerti....

Ayah dan ibu lah org yg sanggup susah dan senang dgn kita. ..
tanpa mengira kita sudah dewasa ataupun sudah berdikari...
tanpa mengira kita sudah bekerja ataupun sudah berkeluarga....
tapi adakah kita org yg akan bersama-sama susah dan senang dgn ayah dan ibu kita?






Biar aku menjadi Suara mu

korang penah dgr tak hipokrit? ataupun lebih tepat berpura-pura?
semua pun penah dgr sbb semua kita pun adalah berpura-pura..


berpura-pura semuanya ok bila mak ayah kita tanya padahal kita br lepas pecahkan pasu mak, kemekkan kete ayah tanpa mereka sedar, dan membawa kereta ayah sampai ada 3 saman...

dan yang paling besar korang hipokrit dgn tuhan ,
sbb kat IC je ada tulis Agama adalah agama Islam tapi kenapa tak sembahyang 5 waktu, kenapa tak pakai baju elok2, ataupun lebih tepat, kenapa tak tutup aurat..suka pakai seksi2,tak sah kalo tak nampak rambut yg br lepas pegi salun+br je lepas cuba warna baru ,kalo tak nampak peha/dada yg putih tak boleh,mesti pakai bj yang ketat dan sendat serta jarang juga..
nape suka tak bgn sembahyang subuh,tau la hari selalu hujan pepagi sekarang..
lg teruk bila depan bakal mak mertua je br nak pakai tudung ataupun bj kurung ..belakang bakal mak mertua nampakla rambut yg mengerbang mcm hantu lampor..
lagi satu, kejap pakai tudung,kejap tak pakai...kalo tak nak pakai,x yah pakai terus,biar terus rambut tu kene bakar nnt kat kiamat..
ooh..mereka islam tetapi tak takut langsung dengan balasan di kemudian hari
ok..lantak la sesapa yg terasa..
beralih ke isu yg lain..

aku memang hipokrit sbb aku ckp aku ada duit belanja bila ayah aku tanya mcm ni
"ada duit tak nak isi minyak+ bayar tol?"sambil hulur rm50
"ada,napa pulak tak ader" aku ckp padahal dalam dompet aku ader rm10 utk isi minyak + duit tol.tapi selamba je aku amik duit yg ayah aku bg...hehehe(rezeki jgn ditolak)

"awak tak ader kdt ye nak reply msg saya?"tanya seseorg
"a'ah, sorry ye"seseorg iaitu aku membalas
"nape tak reload?"tanya seseorg tadi
"err..sbb tak sempat la td."aku balas.padahal aku ader rm10 je mana bole reload.x balik aku kang
"tak pe ,jap lg saya reload kan k"seseorg membalas.hehehehe..
"kenapa tak tukarkan kepada postpaid aje?"aku membalas..tapi dalam hati je la.

adakah hipokrit itu menipu?kalo mcm tu aku berdosa ker hipokrit dgn ayah aku?
dengan seseorg yg selalu ambil berat?dgn org yg selalu susah senang dgn aku?
kalo hipokrit itu= menipu,maknanya dosa la.sbb menipu tu kan berdosa.

kalo dgn manusia hipokrit da berdosa, lagi besar dosanya kalo kita hipokrit dgn Allah.
aku juga takut..aku takut sbb aku kdg2 ade je tersasar dari landasan. tertinggal smbhyg+selalu tidak bercakap benar,dan mengikut nafsu yg jahat..
aku harus berubah..
ya..aku harus berubah..
aku harus kalahkan si jahat setan, tundukkan si degil nafsu, dan tewaskan si lidah yg suka berbohong

ini adalah untuk peringatan diri aku sendiri dan juga suara hati aku. aku tidak bagus dalam soal beragama tapi aku masih tau apa itu haram,halal dan juga wajib,sunat dan afdal.sekian.

Aku yang biasa

bila kita mula dengan kehidupan yang biasa, kita akhirnya akan menjadi orang yang biasa yang menjalani hidup dengan perkara-perkara yang biasa dan akhirnya kita akan menjadi golongan orang yang biasa.

maksud aku..setiap hari kita buat benda yang sama dan secara tidak langsung,kita terbiasa dengan benda-benda tu. Pagi bangun, siap2 gi kerja/kelas, tghari makan,smbhyg, smbg balik kejer/kelas,petang balik da penat, tdo dpn tv dgn tak smbhyg dan kita akan bangun bila dengar member2 kita balik...

Aku selalu terpkir, adakah kehidupan aku akan jd mcm ni untuk 4 atau 5 tahun lagi..jawapannya adalah diri kita sendiri.

kalo kita nak 4 atau 5 tahun lg still mcm sekrang, teruskan dengan yg sekarang.
kalo kita nak kita berubah pada masa depan, buat la tindakan dari sekrang. Tidak pernah kisah atau jgn penah pertikaikan dengan setiap tindakan yg kita ambil untuk masa depan kita.

Kita semua hanya mampu melakukan perubahan dengan hanya tindakan-tindakan kecil yang kita lakukan. Kita tak penah tau apakah impaknya dari hanya melemparkan sekuntum senyuman, sepatah kata-kata terima kasih sebagai menghargai ataupun dengan hanya menolong org ketika sesat di jalanraya..

berubahlah dan berfikiran matang.

Aku demam di kala raya

ok..
aku tau semua org sibuk cuti,jalan jam sbb semua org terhegeh2 blk tgk mak ayah kat kmpg,kuih tak sedap pun nmpak mcm sedap je,--->berikutan jalan-jalan di jalan TAR.
aku juga tau semua itu terjadi sbb satu sebab ...RAYA
aku yang terkandas di bangi, terpaksa siapkan borang yang tak complete..
s***..kenapa aku?
dengan demam yang makin kronik...aduh...tekak aku sakit,kepala aku pening,mata aku berair,
badan aku sejuk..
argh..kenapa aku nmpk bintang..
aku da pitam ker?....


senyap...

oooh..belum..
arrgh...aku da sumbat lubang aircond dgn kain +tisu bebnyk..makin teruk aku demam..

ptg ni aku kene bajet time,nak pegi ke shah Alam, nak pegi jalan TAR-->penggambaran semasa persediaan raya..

ptg esok aku akan tersangkut dalam jam yg teramat dasyat...
aku kene bwk cd-cd motivasi dalam keter aku..
ok..chow...selamat hari raya,berhati2 memandu..dan selamat la semua..

aku,dia,kamu lalalalala

hari ni hari jumaat...aku kene balik umah lg...
mgg ni sgt bosan sbb aku da tak ader org nak teman aku pegi bazar ramadahan kat ampangan..abg aku da x ada..
da tak ada org nak isikan minyak keter aku lg da..sbb abg aku da tak da..
mgg ni jugak bosan sbb da tak ada org nak bising2 kejut aku bgn sahur sbb abg aku da tak ada..
mgg ni bosan jgk sbb akan berbuka puasa bertiga saje...sbb abg aku da tak ada..
dan da tak ada org nak paksa aku basuh baju kejer dia tiap2 hari sabtu..sbb abg aku da tak ada...
da tak ada lagi kejer aku nak hantar abg aku gi hospital stp pg isnin..sbb abg aku da tak ada...
semua tak best sbb abg aku tak ada...

jadi..hargailah org di sekeliling kita sementara dia masih ada...

Apakah rasa ini

apa kah rasanya jika kamu rasa seperti mahu menangis...

apakah kamu terfikir adakah org yg masih mengingati kamu di saat ini..

apakah kamu rasa kamu dihargai oleh org yg disekeliling kamu,
mahupun mereka yang rapat dgn kamu...

apakah kamu rasa perasaan kamu semakin jauh..

apakah kamu juga rasa yang kamu mahu membisu seribu bahasa...

apakah kamu rasa kamu sebenarnya yang bersalah atau mereka yang bersalah...

apakah kamu rasa kamu yang perlu memperbetulkan keadaan atau biarkan situasi itu saja...

apakah perlu menyalahkan sesama kamu tentang sesuatu masalah....

tidak!!! semua yang berlaku semuanya berpunca dari diri kita sendiri..salahkan diri sendiri sebelum kita menuding jari ke arah mereka...

ok...time's up..kene rush balik umah dan ke KLIA.

Apa yg menggembirakan anda?

hujung minggu yg amat meletihkan. Sabtu ada sesi photografi satu famili..hahahahaha..organize by abg aku yg akan berambus dari malaysia. Dan sbb dia jgk,satu famili kene pakai bj raya dan berpura-pura gembira kononnya hari tu hari raya.
Dengan 2 org budak yg tak tau nak duduk diam..2 org budak yg selalu sepahkan umah..dari pintu depan smpai pintu belakang... kalo tak nak main sama je,nangis, merajuk la..,tarik rambut la..pening kepala aku.
Tapi yg paling aku pelik dgn 2 org anak buah aku ialah mengenai satu perbualan mereka berdua..

Aqila: Abg aniq..jom kita main masak-masak nak ?
Aniq: tak nak la..aniq nak main car dgn spiderman hitam
Aqila: tapi aqila nak main masak-masak..asyik main car je..aqila girl mana bole main car
Aniq: Aniq nak main mainan lain la..

Aqila menangis sbb aniq tak nak main dgn dia...
10 minit kemudian...

Aqila: Abg aniq..kita main kawin-kawin nak tak?
Aniq: tak nak la...aqila asyik ajak abg aniq main je
Aqila: ala..abg aniq asyik tak nak main je dgn qila..
Aniq: yela..ye la..abg aniq main la dgn qila
Aqila: abg aniq nnt nak kawin dgn sape?
Aniq: ntah..mana abg aniq tau..aqila jgn la bnyk tanya (smbil main car )
Aqila: Abg Aniq kawin dgn qila je la..qila ada ni..nnt atuk senang kalo kita kawin kat sini je..
Aniq: abg aniq tak nak kawin la dgn aqila sbb aqila suka je nangis..

Aqila menangis dan terus masuk umah....da x kuar-kuar da lepas tu...

ok..aku syg dgn anak buah aku...hehehe..anyway..abg aku da nak balik semula ke UK..siap bwk bekal maggie,colgate,bedak baby johson (saiz besar),berus gigi, dan kuih raya.Abg aku mmg manja mengada-ngada..huh..


Kasih langit dan laut

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta.mereka saling menyukai diantara satu sama lain. oleh sbb sgt sukanya laut pada langit, warna laut sama dgn warna langit,warna langit sama dgn warna laut.
Setiap senja datang,si laut akan membisikkan kata-kata indah kepada si langit. Setiap kali si langit mendengar kata-kata si laut, langit tidak menjawab apa2, hanya tersipu-sipu malu kambing..wajahnya kemerah-merahan..lalu berlaku la hari senja.
Suatu hari, datang awan...
Begitu melihat keindahan langit, awan seketika itu juga jatuh hati pada langit. tentu saja langit tak nak sbb hanya mencintai si laut,setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sgt sedih tetapi tidak berputus asa,mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ke tengah-tengah langit dan laut, menghalangi pandangan laut dan langit terhadap satu sama lain.
Laut berasa sgt marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pemandangannya. Tetapi tentu sahaja tidak berjaya...Lalu,dtg la angin yang sejak dulu mengetahui hubungan langit dan laut. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan.
Dengan tiupan keras dan kuat,angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian,sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dgn jelas.Kerana tersiksa dgn perasaan cintanya kepada langit,awan menangis sedih.
Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisahkan.Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut,, dimana ada satu garis di antara laut dan langit( horizon sebenarnya) , di situlah mereka sedang berpacaran...ditemani angin yang bersahabat dengan langit dan laut...sambil mereka semua menyanyikan lagu tanya "sama pokok" bersama-sama.





kelihatan langit dan laut sedang berdating...

mari kawan-kawan


Kawan-kawan..
ok..sila letak gamba korang kat pinboard aku..sesape saje bole isi..sila ...jgn malu-malu..
tak kisah kawan aku yang dulu sejak dari tadika, sekolah rendah,sekolah menengah , matrikulasi Perak --->
(terutama kawan2 yang berlari semasa tragedi planet marikh) dan juga di UKM.. i luv u all my buddies...

sila klik sini untuk letak gamba kamu..

Kereta polis dan rumah mayat?


ok..aku br je sampai umah..balik dari teman abg aku ke hospital..
apa yg relevan aku ingin sampaikan adalah adakah anda berkerja sebgai seorg yg dianggap bagus? jika tidak,renung2 kan lah dan selamat beramal..

pkul 9.45 mlm---> abg aku dapat call dari hospital seremban..ada emergency case..jd abg aku ajak aku teman dia pegi hospital.(abg aku agak penakut skit)

pkul 10.05 mlm---->kitaorg melintasi ktm seremban..ada satu traffic light.aku tak perasan pun lampu da merah,tau2 je abg aku da lepas da..dan kereta diekori oleh kereta polis..cis!!!kantoi langgar lampu isyarat..
dia suruh kitaorg behenti..hehehehhe..muka abg aku pucat giler

pkul 10.10mlm--->aku ckp dgn abg aku..
"ko buat cool je"aku ckp
"
da abis cool la ni tapi tgn aku da menggigil...
suwey la mlm ni"
abg aku ckp

en.polis yg berlagak garang dtg kat tepi kete ..dlm pale otak aku da terbayang muka bapak aku kalo tau kene saman..rm300 tu..

"apsal awak langgar lampu merah td?"en.polis berlagak
garang tanya..
"eh..ye ke encik, td saya jalan tak silap saya lampu
kuning lagi.."
abg aku jawab dgn machonya..sambil kaki
dia menggigil takut kene saman
"tak ade,tak ade..apa2 hal nnt jawab kat mahkamah" en.
polis berlagak menjawab.
lepas tu,polis tu g kat kete dia nak amik buku saman
"awak nak gi mana ni?"en.polis berlagak soal lg smbil
tulis buku saman
"saya nak gi hospital,encik "abg aku jwb dgn simpati
"keje kat mana?"en.polis berlagak tanya lg
"emergency wad,bahagian onkologi"abg aku jwb..cool~~
"apsal tak ckp td,awak lg tggi dari saya.lain kali
ringan2 skit mulut tu berckp "
en.polis berlagak ckp
smbil tutup buku saman.
"nak saya hantarkan ke sana?"tanya en.polis baik hati
(gelaran sudah ditukar)
"tak pela,saya nak cpt ni,time kasih ye en."abg aku
jwb..

pkul 10.30 mlm---->sampai hospital..
aku tgg kat wad emergency samapi abg aku kuar.
pkul 11.35 mlm -->dalam perjalanan balik
"kalo kita jwb kita keje pos men td mesti kita kene
saman kan"
aku ckp kat abg aku
"a'ah,patutnye td kita jwb kita anak petani
agricultur yg berjaya"
bls abg aku

moral value: gunakan apa yg ada pada diri sendiri untuk lepas dari polis jika ditahan..

selamat malam semua..

Perempuan misteri di malam terawikh

da 2 mlm aku buat terawikh kat surau umah sewa aku..dan 2 malam tu jugak aku terkesima disebelah org yang lemah semangat..

pada malam pertama, aku merapatkan saf dan menunaikan sunat muakad bg setiap umat islam dalam bulan ramadan. aku juga sentiasa disebelah seorg perempuan yg misteri.
pada rakaat terakhir witir,semasa tahiyat akhir, kedengaran bunyi mercun yg agak kuat dibaling oleh budak2 jahat(berlagak mcm sarip dol-->samseng kampung dusun)dan serentak dengan itu,perempuan sebelah aku terperanjat sehingga menyebabkan badannya hampir kejang(agaknya).makcik sebelah dia siap ckp lagi astagfirullah (terperanjat kot atau sbb prmpuan itu mcm nak kejang)
aku diam je smbil teruskan sampai salam..lepas bg salam aku terus pndg prmpuan itu dan gelak dengan bersungguh2...(maaf ye..aku memang seorg yg berterus terang)

malam kedua---aku duduk dibelakang perempuan tersebut kali ini.bimbang dia terperanjat lagi lalu mencekik aku dan membatalkan sembahyang terawikh aku. dalam rakaat terakhir pada witir jugak.sekali lagi kedengaran mercun yg kuat.lagi kuat dari malam tu..dan..
perempuan tersbut masih lemah semangat.aku nampak bahu dia terangkat yang tinggi kerana terkejut lagi..
kesian dia,tapi aku memang nak gelak lagi.da dua kali aku nampak perempuan tu terkejut..lepas bg salam,aku pndg je prmpuan tu..takut nk gelak depan dia..

dan dalam perjalanan balik,baru la aku gelak sepuas hati aku...hahahahahaha
oh ye..ptg ni aku balik umah..jadi prmpuan itu akan selamat sbb aku tak nampak dia terkejut lg..

21 Benda tentang semua perkara

ok...aku dapat satu email ni da lama da..tetiba je aku rasa aku patut berkongsi apa yang aku dapat..bacalah dan pandai2 la korang analisis.


1-Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.(walaupun sebenarnya korang tak ikhlas langsung)

2-Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

3-Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

4-Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

5-Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

6-Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

7-Percayailah cinta pandang pertama.

8-Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

9-Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

10-Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

11-Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

12-Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

13-Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

14-Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

15-Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

16-Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

17- Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

18-Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

19-Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

20-Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

21-Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

baca boleh tapi nak percaya jgn...ok masa untuk teruskan kerja..

Bintang di Petang Hari

ari ni dua perkara yang tak berapa best aku dapat

1- aku kene hantar abg aku fly ke UK pada 3 okt. jadi mgg 29&30 hb Sept aku kene balik umah untuk meraikan pemergian abg aku.hahahaha

2- pada mgg 29&30 hb tu jgk bakal ada majlis berbuka puasa reunion budak sekolah aku..da 3 tahun aku still tak dapat join lg majlis tu.tahun ni pun aku mcm tersangkut lg..=(

berikut ialah gambar org2 pntg yg meng'organize' majlis berbuka puasa sepanjang 3 tahun



kenapa korang selalu je salah timing?huh

erm..apa perasaan aku ni...peningla..mcm nampak bintang je kat kepala aku..

aku dan rakan sekerja

hehehehe...seronok hari ni sbb aku ader partner kejer yg bagus.. bagus dari segi ponteng kejer sama2,balik kejer sama2..dan buat kejer sama2...time kasih ye lin...
oooh ye..aku da semakin suka jenguk blog ni...dulu aku tak suka sbb malas..sekarang duduk kat kabin dan melayari internet selama lamanya...jadi semakin banyak kejer pulak rasanya..ok kenkawan..sila berblog dengan jayanya.

kehidupan sekarang

aku benci bila aku da berusaha untuk mendapatkan kerja tapi usaha aku menjadi sia-sia sebab satu hal kecik..
aku benci dan aku sgt geram...
aku sakit hati dan aku sgt tersiksa...
erm....aku nak gi beli aiskrim..chow..



eh..sebelum tu,ni adalah kehidupan kita yang sekarang..cuba compare dgn yang dulu,kalo rasa masih sama kita memerlukan anjakan paradigma(apa ni...erm...apa2 je la)...huhhuhu jauh beza atau pun masih ada persamaan?

aku dan dia ketika dahulu

aku dan dia pada kehidupan sekarang...

masih jauh perjalanan... dan masih banyak yang perlu dipelajari..

hari ini aku bangun tdo agak lewat... da tghahri
..sampai keptg..
aku bgn je mak aku suruh gi kedai...
sampai bila pekerjaan aku akan berubah statusnya?