Tiramisu

Most of our old wounds heal, leaving nothing behind but a scar. But some of them don't. Some wounds we carry with us everywhere, and though the cut's long gone, the pain still lingers. Some things we just have to learn over and over and over again...

Kasih langit dan laut

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta.mereka saling menyukai diantara satu sama lain. oleh sbb sgt sukanya laut pada langit, warna laut sama dgn warna langit,warna langit sama dgn warna laut.
Setiap senja datang,si laut akan membisikkan kata-kata indah kepada si langit. Setiap kali si langit mendengar kata-kata si laut, langit tidak menjawab apa2, hanya tersipu-sipu malu kambing..wajahnya kemerah-merahan..lalu berlaku la hari senja.
Suatu hari, datang awan...
Begitu melihat keindahan langit, awan seketika itu juga jatuh hati pada langit. tentu saja langit tak nak sbb hanya mencintai si laut,setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sgt sedih tetapi tidak berputus asa,mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ke tengah-tengah langit dan laut, menghalangi pandangan laut dan langit terhadap satu sama lain.
Laut berasa sgt marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pemandangannya. Tetapi tentu sahaja tidak berjaya...Lalu,dtg la angin yang sejak dulu mengetahui hubungan langit dan laut. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan.
Dengan tiupan keras dan kuat,angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian,sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dgn jelas.Kerana tersiksa dgn perasaan cintanya kepada langit,awan menangis sedih.
Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisahkan.Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut,, dimana ada satu garis di antara laut dan langit( horizon sebenarnya) , di situlah mereka sedang berpacaran...ditemani angin yang bersahabat dengan langit dan laut...sambil mereka semua menyanyikan lagu tanya "sama pokok" bersama-sama.





kelihatan langit dan laut sedang berdating...

mari kawan-kawan


Kawan-kawan..
ok..sila letak gamba korang kat pinboard aku..sesape saje bole isi..sila ...jgn malu-malu..
tak kisah kawan aku yang dulu sejak dari tadika, sekolah rendah,sekolah menengah , matrikulasi Perak --->
(terutama kawan2 yang berlari semasa tragedi planet marikh) dan juga di UKM.. i luv u all my buddies...

sila klik sini untuk letak gamba kamu..

Kereta polis dan rumah mayat?


ok..aku br je sampai umah..balik dari teman abg aku ke hospital..
apa yg relevan aku ingin sampaikan adalah adakah anda berkerja sebgai seorg yg dianggap bagus? jika tidak,renung2 kan lah dan selamat beramal..

pkul 9.45 mlm---> abg aku dapat call dari hospital seremban..ada emergency case..jd abg aku ajak aku teman dia pegi hospital.(abg aku agak penakut skit)

pkul 10.05 mlm---->kitaorg melintasi ktm seremban..ada satu traffic light.aku tak perasan pun lampu da merah,tau2 je abg aku da lepas da..dan kereta diekori oleh kereta polis..cis!!!kantoi langgar lampu isyarat..
dia suruh kitaorg behenti..hehehehhe..muka abg aku pucat giler

pkul 10.10mlm--->aku ckp dgn abg aku..
"ko buat cool je"aku ckp
"
da abis cool la ni tapi tgn aku da menggigil...
suwey la mlm ni"
abg aku ckp

en.polis yg berlagak garang dtg kat tepi kete ..dlm pale otak aku da terbayang muka bapak aku kalo tau kene saman..rm300 tu..

"apsal awak langgar lampu merah td?"en.polis berlagak
garang tanya..
"eh..ye ke encik, td saya jalan tak silap saya lampu
kuning lagi.."
abg aku jawab dgn machonya..sambil kaki
dia menggigil takut kene saman
"tak ade,tak ade..apa2 hal nnt jawab kat mahkamah" en.
polis berlagak menjawab.
lepas tu,polis tu g kat kete dia nak amik buku saman
"awak nak gi mana ni?"en.polis berlagak soal lg smbil
tulis buku saman
"saya nak gi hospital,encik "abg aku jwb dgn simpati
"keje kat mana?"en.polis berlagak tanya lg
"emergency wad,bahagian onkologi"abg aku jwb..cool~~
"apsal tak ckp td,awak lg tggi dari saya.lain kali
ringan2 skit mulut tu berckp "
en.polis berlagak ckp
smbil tutup buku saman.
"nak saya hantarkan ke sana?"tanya en.polis baik hati
(gelaran sudah ditukar)
"tak pela,saya nak cpt ni,time kasih ye en."abg aku
jwb..

pkul 10.30 mlm---->sampai hospital..
aku tgg kat wad emergency samapi abg aku kuar.
pkul 11.35 mlm -->dalam perjalanan balik
"kalo kita jwb kita keje pos men td mesti kita kene
saman kan"
aku ckp kat abg aku
"a'ah,patutnye td kita jwb kita anak petani
agricultur yg berjaya"
bls abg aku

moral value: gunakan apa yg ada pada diri sendiri untuk lepas dari polis jika ditahan..

selamat malam semua..

Perempuan misteri di malam terawikh

da 2 mlm aku buat terawikh kat surau umah sewa aku..dan 2 malam tu jugak aku terkesima disebelah org yang lemah semangat..

pada malam pertama, aku merapatkan saf dan menunaikan sunat muakad bg setiap umat islam dalam bulan ramadan. aku juga sentiasa disebelah seorg perempuan yg misteri.
pada rakaat terakhir witir,semasa tahiyat akhir, kedengaran bunyi mercun yg agak kuat dibaling oleh budak2 jahat(berlagak mcm sarip dol-->samseng kampung dusun)dan serentak dengan itu,perempuan sebelah aku terperanjat sehingga menyebabkan badannya hampir kejang(agaknya).makcik sebelah dia siap ckp lagi astagfirullah (terperanjat kot atau sbb prmpuan itu mcm nak kejang)
aku diam je smbil teruskan sampai salam..lepas bg salam aku terus pndg prmpuan itu dan gelak dengan bersungguh2...(maaf ye..aku memang seorg yg berterus terang)

malam kedua---aku duduk dibelakang perempuan tersebut kali ini.bimbang dia terperanjat lagi lalu mencekik aku dan membatalkan sembahyang terawikh aku. dalam rakaat terakhir pada witir jugak.sekali lagi kedengaran mercun yg kuat.lagi kuat dari malam tu..dan..
perempuan tersbut masih lemah semangat.aku nampak bahu dia terangkat yang tinggi kerana terkejut lagi..
kesian dia,tapi aku memang nak gelak lagi.da dua kali aku nampak perempuan tu terkejut..lepas bg salam,aku pndg je prmpuan tu..takut nk gelak depan dia..

dan dalam perjalanan balik,baru la aku gelak sepuas hati aku...hahahahahaha
oh ye..ptg ni aku balik umah..jadi prmpuan itu akan selamat sbb aku tak nampak dia terkejut lg..

21 Benda tentang semua perkara

ok...aku dapat satu email ni da lama da..tetiba je aku rasa aku patut berkongsi apa yang aku dapat..bacalah dan pandai2 la korang analisis.


1-Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.(walaupun sebenarnya korang tak ikhlas langsung)

2-Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

3-Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

4-Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

5-Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

6-Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

7-Percayailah cinta pandang pertama.

8-Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

9-Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

10-Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

11-Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

12-Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

13-Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

14-Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

15-Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

16-Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

17- Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

18-Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

19-Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

20-Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

21-Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

baca boleh tapi nak percaya jgn...ok masa untuk teruskan kerja..

Bintang di Petang Hari

ari ni dua perkara yang tak berapa best aku dapat

1- aku kene hantar abg aku fly ke UK pada 3 okt. jadi mgg 29&30 hb Sept aku kene balik umah untuk meraikan pemergian abg aku.hahahaha

2- pada mgg 29&30 hb tu jgk bakal ada majlis berbuka puasa reunion budak sekolah aku..da 3 tahun aku still tak dapat join lg majlis tu.tahun ni pun aku mcm tersangkut lg..=(

berikut ialah gambar org2 pntg yg meng'organize' majlis berbuka puasa sepanjang 3 tahun



kenapa korang selalu je salah timing?huh

erm..apa perasaan aku ni...peningla..mcm nampak bintang je kat kepala aku..

aku dan rakan sekerja

hehehehe...seronok hari ni sbb aku ader partner kejer yg bagus.. bagus dari segi ponteng kejer sama2,balik kejer sama2..dan buat kejer sama2...time kasih ye lin...
oooh ye..aku da semakin suka jenguk blog ni...dulu aku tak suka sbb malas..sekarang duduk kat kabin dan melayari internet selama lamanya...jadi semakin banyak kejer pulak rasanya..ok kenkawan..sila berblog dengan jayanya.

kehidupan sekarang

aku benci bila aku da berusaha untuk mendapatkan kerja tapi usaha aku menjadi sia-sia sebab satu hal kecik..
aku benci dan aku sgt geram...
aku sakit hati dan aku sgt tersiksa...
erm....aku nak gi beli aiskrim..chow..



eh..sebelum tu,ni adalah kehidupan kita yang sekarang..cuba compare dgn yang dulu,kalo rasa masih sama kita memerlukan anjakan paradigma(apa ni...erm...apa2 je la)...huhhuhu jauh beza atau pun masih ada persamaan?

aku dan dia ketika dahulu

aku dan dia pada kehidupan sekarang...

masih jauh perjalanan... dan masih banyak yang perlu dipelajari..