ok...aku dapat satu email ni da lama da..tetiba je aku rasa aku patut berkongsi apa yang aku dapat..bacalah dan pandai2 la korang analisis.
1-Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.(walaupun sebenarnya korang tak ikhlas langsung)
2-Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
3-Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
4-Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
5-Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
6-Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
7-Percayailah cinta pandang pertama.
8-Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
9-Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
10-Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
11-Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
12-Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
13-Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
14-Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
15-Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
16-Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
17- Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
18-Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
19-Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
20-Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
21-Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
baca boleh tapi nak percaya jgn...ok masa untuk teruskan kerja..
Tukang karut
- t.i.r.a.m.i.s.u
- aku suka makan.. aku suka aiskrim.. aku suka jalan-jalan.. aku juga suka membuang masa... aku seorg yg agak bosan... jadi..jgn kawan aku..
Welcome
Blogroll
Karutan Mengarut yang Lain
DIskusi
Followers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
2-Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
September 20, 2007 at 10:32 AMkahwin dgn best fren anda
11-Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
satu point yg bgs..krnr igt ni
13-Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
sangat betul
13-Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
sgt perlu dlm scope keje aku
ilynn: choose the right thing to do on the right time and place...wuhuuu =)
September 20, 2007 at 10:39 AMbanyak yg boleh pakai dan aku setuju.
September 20, 2007 at 11:47 AMmiszcatcha : aku juga sgt setuju dengan ko ~~=)
September 20, 2007 at 12:36 PMhuhuhu...shida aku tgh wat powrpoint..meh join...
September 20, 2007 at 12:48 PMwei shida...lupe plak...aku da post bnd baaru..g tgk na...
September 20, 2007 at 12:49 PMbest gk 21 perkare y ko ckp ni..molek untuk sume...
aku plg suka number 12..
September 21, 2007 at 9:09 AMkool
bukan ke image ko menunjukkan ko suka no 10.hehehe..ko juga amat cool ikan..~~
September 21, 2007 at 10:33 AMPost a Comment