Setiap senja datang,si laut akan membisikkan kata-kata indah kepada si langit. Setiap kali si langit mendengar kata-kata si laut, langit tidak menjawab apa2, hanya tersipu-sipu malu kambing..wajahnya kemerah-merahan..lalu berlaku la hari senja.
Suatu hari, datang awan...
Begitu melihat keindahan langit, awan seketika itu juga jatuh hati pada langit. tentu saja langit tak nak sbb hanya mencintai si laut,setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sgt sedih tetapi tidak berputus asa,mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ke tengah-tengah langit dan laut, menghalangi pandangan laut dan langit terhadap satu sama lain.
Laut berasa sgt marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pemandangannya. Tetapi tentu sahaja tidak berjaya...Lalu,dtg la angin yang sejak dulu mengetahui hubungan langit dan laut. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan.
Dengan tiupan keras dan kuat,angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian,sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dgn jelas.Kerana tersiksa dgn perasaan cintanya kepada langit,awan menangis sedih.
Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisahkan.Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut,, dimana ada satu garis di antara laut dan langit( horizon sebenarnya) , di situlah mereka sedang berpacaran...ditemani angin yang bersahabat dengan langit dan laut...sambil mereka semua menyanyikan lagu tanya "sama pokok" bersama-sama.
kelihatan langit dan laut sedang berdating...