Tiramisu

Most of our old wounds heal, leaving nothing behind but a scar. But some of them don't. Some wounds we carry with us everywhere, and though the cut's long gone, the pain still lingers. Some things we just have to learn over and over and over again...


hola semua..
aku da blk semua..kali ni ada berita gembira.
aku ada andy.my new boyfriend.ni la gambar dia hehehhe..















ok...ni first gamabr aku capture guna Andy..apa2 komen sy akan terima dgn senang hati hehhehe

nafas baru

its been a long time enough...
aku sudah mahu melupakan semua. semua yg pernah terjadi.
Ada yang baik dan ada yg meruntun jiwa sepi aku..

Ada kala aku belajar begitu banyak benda dan itu cukup untuk mematang kan aku.
Dengan jiwa dan badan ku separuh dimiliki org beserta janji antara 2 keluarga, ada
hal- hal yang tak ingin aku lepaskan.
Tapi apa kan daya aku untuk memutarkan kembali masa yang lepas.
Jiwa yang lara lantas bertindak mengikut amarah. Namun,aku tidak pernah dan tidak akan
untuk menyesal itu...kerana aku belajar untuk menerima dia seadanya walaupun hakikatnya
terlalu banyak benda yang mengguris perasaan kecil aku.

Berjumpa kembali banyk menenangkan jiwa ku yang agak kelam.
Merindui dia yang telah pergi membawa jiwa nya dan kisah-kisah kami yang banyak suka
duka nya..
Aku juga amat berharap dia bahagia dan aku yakin jiwa nya akan pulih kerana kekuatan
hati nya untuk menerima semua nya.

Aku akui ada ketika perasaan itu kembali apabila teringat kembali cerita-cerita kami tapi
apa kan daya aku untuk memadam kan semua itu bila mana hati aku menjerit hiba menangisi
pemergian nya apabila menyedari janji itu telah diikat.

Semoga aku diberi kekuatan untuk mengharungi musim lara di hati aku..
Aku juga berharap aku di beri kekuatan untuk menerima dia seadanya dan seikhlas hati aku....

Malam Pesta muda mudi

Aku sudah lama tidak menulis...bukan kerana terlalu sibuk,
tetapi aku ketandusan idea dan tiada mood utk menulis..
Malah hati aku juga turut disakiti oleh sikap pentadbiran yang ntah-apa-apa-ntah..
Aku kene sentiasa buat follow up borang yang dah berkurun lama aku anta..
Aku fed up dgn cara kerja diaorg.tak ada sistematik, tak inovatif dan tak berkualiti.

Malam semalam aku gi Cheras umah kakak aku utk dptkan cop pengesahan.
Mlm ni kene gi balik nak ambik kesemua 45 keping salinan yang telah disahkan.Nasib baik kakak aku consider sbb aku ni adik dia. Selalu aku mintak tolong Ketua Jabatan aku je tapi dia tak ada gi Chiang mai .
Lepas balik dari umah kakak aku, Joe ajak kuar minum. Aku call Farid suruh dtg lepak sesama.
Jam 10.30 mlm kitaorg jumpa kat Shell. Borak2 jap pastu gi kedai nak makan.
Aku tak ada selera nak mkn sbb da penat sgt. Seharian aku tak rest pun. Lepas abis kejer, terus gi umah kakak aku. Redah jam, redah hujan, dan semua anggota badan aku letih, lesu dan penat.


aku dengar Joe cerita pasal game rugby 24hb ni kat mana ntah..
Aku rasa mcm dengar mcm ni la
"eh farid, ko call la bebudak lain confirmkan tarikh" joe ckp smbil hisap rokok
"da la,aku da call tapi amir ckp tukar tarikh"farid balas.
aku da letakkan kepala atas meja da.aku penat sgt
" Nnt ko confirmkan dgn amir, pastu bgtau bebudak lain" Aku dgr joe balas.
"Yela..nnt aku buat la" FArid balas smbil minum air..

Tetiba diaorg senyap..aku pun senyap je la..
Bukan apa, aku malas nak interfere pasal function diaorg. yg Aku tau,aku support aktiviti 2 org yang amat rapat dgn aku sejak sekolah lg ni.
Aku kawan dgn diaorg sejak sekolah. Aku makin rapat bila aku dapat masuk UKM masa 2004. kebetulan Joe dapat keje kat Hotel Palace Golden Horses sebagai chief.
Memula dia tak suka keje tu, tapi aku dengan farid bgtau dia supaya teruskan keje. Farid duduk Nilai, Joe duduk Kajang, Aku duduk Bangi.
Jadi tempat aku tgh2, menjadi tempat biasa kitaorg jumpa.
Bulan 8 aku grade,n still keje kat Bangi, jadi tak ada masalah la.
Awal tahun 2007, Joe masuk Competition Ice Carving peringkat Asia kat KLCC representative Hotel dia.
Aku ingt lagi, Joe cuak dan mengigil sbb dia tak ada idea nak ukir ais tu jadi apa . First time dia masuk Competition besar selain ragby.Masa makin berjalan ,ais pulak makin mencair.
Tapi aku dgn Farid sebagai kawan, sentiasa sokong dia..(padahal tak tlg apa pun...tgk je dia mencarut ntah apa-apa)
At last, Joe dapat tempat kedua dan kami memang bangga dgn Joe. Ais yg dia ukir gambar ikan dgn laut. Aku tak igt mcmana da rupa bentuk ais dia tapi dia sgt gembira. Aku dgn Farid juga amat gembira.....(sbb Joe mesti belanja kitaorg ...heheheheh)

"wei.."joe tempik sambil tepuk meja makan..Terperanjat aku
"pehal ko tdo kat sini ni.ngantuk sgt ke?" Joe menjegilkan mata dia kat aku
Aku bangun dan pandang sekeliling..Ya Allah. Aku kat restoran lagi..mcmana aku bole tertdo kat atas meja ni..malu aku..jatuh saham aku bila mamat2 kat situ pandang aku..
memang joe dgn Farid gelak aku kuat2 kat situ..memang s***,

Aku bangun ambik kunci kete , balik umah.Aku suruh Joe dgn Farid tgg aku kat kedai tu.
Sampai umah, aku mandi, tukar baju pastu kuar balik jumpa diaorg.
Sampai je, aku terus rasa lapar, order makan dan makan lagi..
Aku makan sambil ditemani oleh Farid dan Joe yg memang mulut tak reti diam mengejek aku.
Nak aje aku stapler mulut memasing dengan dawai kokot saiz besar..Biar diam skit.

Malam itu, aku gembira walaupun aku digelakkan oleh kawan-kawan aku..
Yang penting, aku kenyang...
Aku makan ada org yang temankan aku..
Aku makan ada org belanja aku..hheheheh



Aku tidak suka kepada kau

Setiap org itu ada kelemahan dan kekuatan dalaman masing-masing
Tapi aku masih tak tau apa kekuatan aku..
yang paling ketara sekarang, adalah kelemahan aku yang semakin aku nampak dan
membuat hidup aku huru hara..

Aku tak malu untuk mengaku itu adalah kelemahan aku..
Aku juga bersedia menerima ia,
dan aku juga sedia untuk merubah sikap itu..
Tapi aku amat payah sekali untuk merubahnya..
ia selalu datang tak kira keadaan dan masa aku..

Aku amat sukar sekali untuk memilih antara 2 benda,2 perkara, 2 org mahupun 2 pekerjaan..
Aku tak pandai membuat keputusan!!!
Dan itu adalah kelemahan aku yang paling ketara..
Mcm-mcm da aku lalui tapi aku masih tak dapat memperbaiki kelemahan aku..
Aku sakit hati dan
Aku merana,
aku takut org sekeliling aku juga turut merana kerana sikap aku..

Mcm lunch td, aku tak tahu bahagian ayam mana yang perlu aku pilih utk mkn..
Aku juga turut rungsing minuman apa yg aku nak minum..
Aku terpaksa meminta pendapat kawan-kawan aku..
ok..x pe la..itu hal kecik..

Tapi agak kronik, bila aku tgh drive..
aku tak pasti samaada nak guna Elite Highway ataupun Federal Highway utk ke Shah Alam.
Aku terpaksa tpon abg aku tanya jalan mana yg bagus..

Agak teruk bila ia melibatkan hati dan perasaan org lain..
Aku tak tau mcmna nak mintak hutang kengkawan aku dgn aku..
Aku takut diaorg terasa, tapi pada masa yg sama aku perlu duit itu..
Aku tak tahu mana satu org yang paling memahami aku..
dia atau org lain yg rapat dgn aku?
Aku takut tersalah pilih..nnt aku akan sakit dan merana.

Paling teruk bila kelemahan aku ini melibatkan masa depan aku.
Aku nak sambung peringkat master tapi ayah aku prefer aku kerja dulu..
Aku tak tau mana satu yang aku nak..
sambung master atau kerja dulu.?
Aku tak tau dan sampai sekarang aku tak tau apa keputusan aku..

kadang-kadang, aku dapat 2 offer job yg agak bagus..
tu pun aku tak bole decide yang mana satu..
aku huru-hara la sebb sikap aku ni..
nyah kau si huru-hara..
Pergi ko dari hidup aku..
Aku tak mahu kau terus ganggu aku lagi!!!

Sekarang ni aku juga tak tau
aku patut balik umah ke atau duduk bangi sampai esok tgg ayah aku ambik?
errr...aku sgt lemah nak buat keputusan...

Malam itu aku sendiri...

Hai ...apa kabar kamu semua hari ini?..
aku biasa saje..baru pulang dari interview di Putrajaya dan sgt penat sbenarnya..
tapi aku masih lagi masuk ofis utk check email dan download bleach..(heheheheh)


Semalam aku baru balik dari UIA utk seminar computer Algebra. Sempat jumpa member aku kat UIA sementara kawan-kawan aku yg lain sibuk mendengar ceramah yg bosan.Balik dari UIA aku terus pegi ke PPI utk pengurusan akaun pekerja. itu adalah hari semalam manakala sekarang aku berada pada hari ini dan di tempat duduk hari ini.

tetapi yg ingin aku sampaikan adalah kisah hari semalam.errr..x pe kan..

Mlm td tgh aku tgh lepak2 kat depan tv,aku rasa lapar yg teramat sgt..aku malas nak kuar umah sbb hari ujan..lgpun budak bujang ramai kat simpang.aku malas la..aku segan.takut diaorg mengacau ntah ape2 je ckp nnt .

Bebudak umah aku semua nyer gi Library ..ye la..memasing sibuk nak exam..tak mcm aku yg dah mula nak kerja ni.
aku duduk je termenung kat tepi tingkap umah tu.. bosan sgt la...
aku nak kuar tapi tak best sengsorg..semua org pun tgh sibuk sekarang..

"hello..awak.."aku ckp setelah mendail nombor seseorg
"saya lapar,nak belanja saya mkn tak?" aku tanya
"laa..kan malam semlm saya da belanja"seseorg itu membalas
"itu semalam, hari ni belum" balas aku hehehehe..demand tak aku?
"nak saya dtg?"seseorg membalas
"errr..tak yah la..mcm malas la pulak"aku balas...sebenarnya aku lapar oohh...


emmm..aku memang baik..aku tak suka susahkan dia..tak kan la tetiap hari pulak dia nak dtg kan..
aku baring balik..sambil mengira berapa kali kipas syiling itu berpusing.
tetiba..

"hello... ayah sesat ni..kat depan surau al-Falah"suara garau di tepon aku
"laa..mana org tau..surau tu kat mana pulak..ayah kat mana ni?" aku balas..ayah aku rupanya..
sesat kat mana pulak org tua ni..
" kat area umah ko la" ayah balas..marah nampak. aku dengar suara mak aku bebising kat ayah aku..
"eei..kat sini ada surau al-Taqwa. mana ada surau al-Falah." aku balas..aku pun mcm bengang je
"tgg ayah kat surau al Taqwa tu..nnt ayah dtg sana"ayah aku balas
aku tukar bj ,sarung selipar terus jalan kaki gi depan surau Al- Falah tu..
15 minit kemudian

"hello..ayah kat mana?"
"org tgg kat sini da satu jam da.imam pun da balik da..ayah kat mana ni?"aku tpon ayah aku
"kat depan padang ni ha..ntah mana jalan ntah mak ko suruh masuk" ayah aku marah aku
" adui..tgg situ..org dtg amik"aku jgk yg kene pegi carik..
aku jalan kaki balik umah,pinjam moto kawan aku...
20 minit aku pusing cari kete ayah aku..
last sekali...

"ni bukan depan padang ni yah"aku ckp setelah jumpa kete ayah aku
"ni depan tanah kosong,tempat org buang sampah" aku jawab ..sedikit bengang
"ala..sama je la" ayah aku balas.aku terus balik umah sambil ayah aku follow dari belakang

"da makan belum?"mak aku tanya lepas aku masuk kete ayah aku.
"ma dgn ayah da makan?"aku tanya balik
"belum"ayah aku jawab
"yea..yea..jom makan jom ayah"aku jawab dgn gembira sbb aku tau ayah aku belanja dan kami pergi bersama-sama ke restoran berdekatan.

ye....itulah aku...
aku sgt lapar mlm td dan ayah aku telah membelanja aku makan.nasi goreng mak aku yg tak abis pun aku abiskan..hehehehhe
ayah dgn mak aku mesti teringatkan aku sbb da 2 minggu aku tak balik umah.
aku juga amat teringatkan mak dgn ayah aku..mgkn sbb itu ayah aku dtg belanja aku mkn.
hehehhehhe

yg pasti,mlm itu aku tidak bersendiri lagi..
ok...chow...

Riang Gembira

aku sgt bz mgg ni..hehehhe tak sempat up date blog aku..

hari ni pun aku ada seminar Computer Algebra.ntah menatang apa pun aku tak tau.aku

kene duduk dgr pasal research lecturer dari mexico. ok..tak yah cite pasal hari ni yang tak berapa menarik utk dikongsi..



hari sabtu

aku ikut konvoi motobike ke rumah terbuka kat putrajaya. then ambik beberapa gambar.

pastu terus melawat kawan aku yang baru beli moto honda CBR 400 cc. best. tapi sakit la aku nak duduk belakang..

Gamba kemudian hari aku akan upload. yela...bg photographer beginner mcm aku ni kena la edit gamba utk masa yg panjang...terhegeh-hegeh lagi belajar.
balik umah jam 100 malam


hari ahad

pepagi lagi aku da kuar umah.first,pegi umah kawan aku kawin.. shoot beberapa gamba. then bergegas ke stadium kelana jaya untuk tgk perlawanan rugby Final antara team Cobra malaysia dengan Canterburry dari New Zealand

hehehehhe...time kasih joe sbb belanja tiket ..

seperti yg aku nampak, Cobra sgt lemah dari segi pertahanan. manakala pasukan Canterburry pula sgt garang pada bahagian serangan. Dan semestinya pasukan Canterburry menang sbb pasukan dia memang kuat.

Paling yg menarik bila diaorg semua akan bg souvenier seperti stoking, jersi, but ragbi dgn bola ragby team diaorg pada peminat kumpulan diaorg..cheh..kalo aku, x sanggup nak amik stoking .

Malangnya aku tak bole nak shoot gambar sbb bateri out.cis!! satu kerugian sbb ada team yang buat hakka( trademark bg group ragbi diaorg ). da la tak sempat nak amik gambar dgn diaorg.



on the way balik aku kene drive dgn sesak-sesak jalan raya..perut lak lapar..

sampai bangi kitaorg melepak smbil makan-makan. sambil tu cerita pasal next aktiviti.

Aku nak gi Bagan Lalang untuk capture beberapa gambar. Joe pulak cadangkan pegi Fraser Hill dan Farid cadangkan pegi Singapore.
HuH...nampak sgt bajet tmpat aku yg paling murah...nyampah

Diaorg tau nak gi tmpat best je tapi duit tak ade..

Malas nak melayan diaorg, aku ajak balik sbb esok nye aku ada seminar.

aku tiba kat umah jam 11.30 mlm..



Anyway..hujung minggu aku memang menarik..aku penat tapi aku suka.



Rasional tanpa emosi

Arrghhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!

satu petang,aku terasa ingin menjerit sekuat hati sambil menangis
sbb kunci kereta aku tertinggal dalam kete..


aku ckp kat kengkawan aku
"mcm mana ni..aku nak gi PPI?" aku ckp ala-ala mcm nak nangis
"cuba ko cungkil tingkap" member aku ckp
"x bole..tgn aku kecik"aku mengeluh

aku ada 4 strategi dalam kepala otak aku
pertama
" pak guard.,kunci saya tertinggal la dalam kete.mcmana ni?" aku panggil pak guard UKM
pak guard tu sedaya upaya menolong.
last2 dia ckp
"mcm ni la,saya antar awak kat KTM awak balik umah amik kunci spare"
cis!kalo mcm tu aku pun bole..
stategi pertama fail

kedua
"awak,kunci saya tertinggal dalam kete.mcmmana ni?"aku mengadu mengharapkan pertolongan
"saya tgh keje la ...ada meeting ni ..awak mintak la tlg pak guard"seseorg membalas
"ok"aku balas dengan kecewa.padahal itulaperkara yg pertama aku buat.
baik tak yah tpon dia td..

ketiga
"Assalamualaikum"aku ckp smbil tolak pintu technician ofis aku
"Waalaikumsalam, ada apa2 ke?"technician tu jawab smbil pandang muka aku.
technician ofis aku seorg yg serius.aku rasa dia buat-buat serius nak takutkan org pengecut mcm aku ni
"bang, erm..kunci kereta saya tertinggal dalam keter. abg tau tak mcmana nak buat?"selambe je aku tanya
"lah..abg pasal komputer ok.tapi kalo keter mcmana pulak"dia jawab
"x pe la,abg gi tgk dulu mcmana k"dia jawab
sekaligus memberi aku harapan yang aku rasakan dunia aku kembali berwarna-warni dan kelihatan beberapa burung sedang riang berterbangan

"errr..abg tak pandai la dik mcm ni"techncian tu jawab
cis!!!ini lg sorang.pemberi harapan palsu. hati aku hancur berkecai mcm dipkul dgn penukul batu.rasa pedih mcm dihiris dgn pisau belati kemudian di rendam dgn limau nipis dan diperah-perah untuk dijadikan pencicah dgn ikan panggang. sakit nya mcm daging korban disiat-siat dan dilapah2 dgn pisau yg tajam untuk dibahagikn kepada jiran.

dan last sekali..aku menyerah kepada emosi aku

"hello"
" ayah,kunci tertinggal dalam kete"aku tpon ayah aku smbil tahan suara menangis
"nak buat mcmana?"aku soal ayah aku.
Diam.mesti ayah aku nak marah sbb aku cuai...

"tgg situ,ayah datang"ayah aku jawab setelah diam sejenak
"time kasih ayah"aku balas smbil termenung.

aku rasa sedih sbb susahkan ayah aku lagi untuk sekian kali ....
aku juga sedih sbb aku rasa aku tidak pandai berdikari lagi...
aku sgt sedih sbb aku tidak boleh selesaikan masalah yg aku cipta sendiri...

sekarang,aku bisa mengerti....

Ayah dan ibu lah org yg sanggup susah dan senang dgn kita. ..
tanpa mengira kita sudah dewasa ataupun sudah berdikari...
tanpa mengira kita sudah bekerja ataupun sudah berkeluarga....
tapi adakah kita org yg akan bersama-sama susah dan senang dgn ayah dan ibu kita?