Friday, January 4, 2008

Rasa apa ini????

pagi tadi aku pegi keje dalam keadaan yang kelam kabut.
Jalan jam dan akibatnya punch kad aku merah utk hari ni..
ada sesuatu yang mengganggu perasaan aku pagi tadi dan sehingga saat aku menulis.
Ada satu perasaan yang penah aku rasakan tatkala ini.
Perasaan hiba dan sayu.

tahu kenapa? aku akan keseorang selepas ini..
Kawan-kawn aku da balik semula ke rumah diaorg selepas 5 bulan kami buat kerja RA di UKM bersama-sama.
Ia bukanla satu benda yang seronok,tapi sebab banyak benda yang kami lalui bersama-sama.
Susah senang akan kami kongsi bersama-sama.
Kami berjalan-jalan menghabiskan duit dan masa pun bersama-sama.
Aku terkilan skit sbb lin tak nak sambaung kontrak.aku kalo lin tak ada,aku memang tak nak.
Jadi aku teruskan keje kat putrajaya,manakala kat UKM aku da abis.

Aku teringat semasa aku on the way ke tmpt keje pagi tadi, kami banyak menghabiskan masa bersama-sama terutama malam td. Berjalan-jalan dan makan adalah aktiviti yang banyak kami lakukan bersama-sama.
Ya...aku mula rasa sunyi sbb aku da tak ada kawan untuk berkongsi masalah dan menceritakan perkara yang tidak baik.
Aku juga da tak ada pendengar yang setia malah pemberi nasihat dan idea-idea yang bernas.
Aku akan rindukan masa-masa yang kami luangkan bersama-sama.

Aku juga turut mendoakan agar mereka berjaya walaupun haluan sudah berbeza.
Sampai jumpa lagi kawn-kawan..