Monday, November 26, 2007

Esok takkan ada tanpa hari ini

ermm...da lama aku tak menulis..
dan yang penting terlalu bnyk benda nak di luahkan...
aku sgt penat 2 minggu ini.
disamping kerja yang bertimbun-timbun,aku tak ada masa untuk bersukaria lagi
Tapi yang pasti aku tak bole mungkir janji dgn kawan-kawan aku utk lepak bersama-sama mereka.Teluk batik, melaka, dan bukit permai adalah tempat yg tak bole aku buat-buat lupa utk aktiviti seterusnya...

Hujung minggu yang lepas, aku rasa aku telah membuat keputusan yang salah
Aku menemani kakak aku ke jalan TAR padahal aku da berjanji dgn seseorg yg aku akn dtg tgk dia bermain ragbi ptg tu..
Tapi aku punya management time tak betul..
Spoil semua perkara...tambah dgn jam kat highway.
Sbb accident sblh lorong pun bole jadi jam..
puncanya,masyarakat malaysia ni amat prihatin. Maka, jadilah ia jam 5 hingga 6 km ke belakang.
Aku sampai kat padang masa tu dia da abis main..jadi aku tgg je kat kete dia..
Tapi at least,aku dtg jgk..team dia dapt naib johan.
Ok la tu..at least,tak la kalah...

Cerita seterusnya, aku dengan kerja aku..
Persekitaran baru membuatkan attitude aku totally berubah. Aku memang bnyk ckp tapi
bila aku berdepan dgn org yang da berkahwin dan berusia, aku jadi lain..
dan aku tak bnyk ckp.. aku juga tidak bnyk bergurau..
Malah aku jadi seorg yang amat bersopan santun dan pemalu..
hhahahahaha...aku jadi tak suka dgn perangai itu,sbb itu bukan aku...
Tapi aku baru 2 mgg kat situ..masih mentah dan baru..lama2 nnt tak tau la mcmna.

Beralih kepada topik lain tapi masih isu yang sama..
Kerja.Aku malas nak kerja lagi.Sbb aku cemburu tgk housemate aku masih tdo tatkala aku bgn pagi nak mandi pegi kerja.
Aku tak suka berdepan dgn perasaan segan dan tidak tahu nak buat apa.
Aku juga bosan bila aku membuat kerja yang sama setiap hari. Aku tak tau mcmana ada org bole buat kerja yang sama sampai 2, 3 tahun.
Sedangkan aku yang baru 2, 3 minggu ni da rasa mcm nak muntah darah sbb buat kerja yang sama.
Tapi demi penglaman, aku kene kuatkan diri jgk. Pengalaman itu tak bole diturunkan, juga tak bole di berikan dan di ajarkan.
Tetapi pengalaman itu adalah apabila kita melaluinya sendiri, mengatasi sendiri dan menyelesaikan sendiri sesuatu perkara. Itu adalah pengalaman.
lagipun, pengalaman kan mendewasakan kita.

Ok lah..aku sudah penat.Baju tak iron lagi utk kerja esok, perut masih tak mkn nasi lagi sejak pagi dan mata sudah merah mengadap skrin komputer.
MAri kita kerahkan keringat yang sudah sedikit ini supaya senang utk hari esok.
Strive today for tomorrow...

Monday, November 12, 2007

Kecewa itu Pelajaran

Yeeehaaaa....
Aku dapat menulis kembali..bukan kerana apa,
Aku risau kan Faerrin yang tidak lalu mkn kerana aku tidak menulis lg,
Aku bimbangkan si dakwat coklat yg akan bertukar kaler dakwatnya kerana ketiadaan aku..
heheheheh..

Aku sebenarnya menjalankan 3 kerja dalam masa 1 hari ...


Rutin Harian Sebagai seorg pekerja
Jam 8 pg - 1 ptg-->dikehendaki menyusun buku-buku di perpustakaan Peguam Negara, Putrajaya smbil receive buku-buku pasal law

Jam 2 ptg- 5@6 ptg ---> dikehendaki utk mendownload bleach di ofis lama, UKM..errr..salah.dikehendaki utk menaip report pasal research software ARENA.hehehehheh

Jam 8 mlm dan keats---->dikehendaki mengedit gambar dan berada di Padang UKM serta menjadi sukarelawan Sukan-Sukan Badan Berkanun.

dan sbb itulah badan aku semakin letih dan jari-jemari aku semakin reput utk menaip..
apakah aku kene penyakit osteoforosis?
Aku akan segera mencari susu Anlene.

Ketika aku memandu pulang dari kerja, aku mendengar siaran radio yang agak panas dan luar biasa dari biasa. Seorg budak remaja yg sdih kerana baru memutuskan tali perhubungan dengan kekasihnya.

Aku juga pernah merasa perasaan begitu.
Kecewa yang teramat sangat..
Tapi aku amat bersyukur ditemukan dgn perasaan itu.

Dari itu, aku belajar utk menjadi kuat dan tabah.
Aku belajar juga tentang menghargai dan dihargai,
Juga tentang bertoleransi dan bertolak-ansur tanpa sebarang rasa angkuh,
Belajar untuk saling mengenali kelemahan dan kekurangan diri,
Aku belajr utk berdiri di atas kaki sendiri,
Belajar utk tidak mengharapkan pada dia lagi,
Serta menerima dengan hati terbuka harapan itu sudah tiada pasti,
Sedang aku merawat hati aku, dah 2 tahun sudah berlalu,
Aku keraskan hati utk meluputkan rasa itu,
Agar ia akan berlalu pergi dan aku menjadi perempuan yang berani..
Aku bahagia sekarang,
Aku sudah melupakan dia yang pernah membuat aku kecewa.
Aku sudah melupakan setiap detik aku dgn dia,
Bersedia utk memaafkan dia dan
Bersedia utk melupakan dia..
Tatkala aku menulis ini, aku juga teringatkan dia,
Tapi itu tidak sekuat mana pun..malah aku lebih tegar utk berkata
Aku sudah lupakan kau dan kau juga sudah melupakan aku.

Aku berterima kasih kepada kecewa.
Kerananya aku sudah semakin dewasa,
Sudah berani dan berfikiran terbuka,
Aku juga tidak takut utk menghadapi kali kedua...
Yang pasti, Aku sudah bersedia... dan aku menghargai kecewa ...
Jadikan kecewa itu sebgai satu pelajaran yang mana kita akan belajar sesuatu daripadanya.

Chowchinchow.

Friday, November 9, 2007

Sayonara...

Hai...
Selepas ini aku mungkin akan jarang membuat entri,
bukan kerana aku merajuk kerana tidak ada idea,
bukan kerana aku malas..
juga bukan kerana aku tidak ada internet connection.

Tapi aku akan pergi ke satu daerah yang jauh..
malah aku kene beradaptasi dengan persekitaran baru yang
aku rasa aku akan merindui ofis lama aku..
malah aku merindui masa-masa aku bersenang lenang di ofis lama aku..

kerana task baru aku amat menguji kemampuan aku berinteraksi dgn
persekitaran baru yang mana terdiri daripada orang-orang
yang matang dari segi pemikiran dan perbuatan..
sedangkan aku hanya makhluk yang baru mengenal apa itu pekerjaan
apa itu tugasan , dan apa itu perintah daripada majikan..

terima kasih dan sayonara...

1) Leen- aku amat senang dgn ko. Selalu susah senang dgn aku. malah kita pernah berkongsi makan roti canai bersama-sama. ketahuilah, Aku sgt sedih meninggalkan kau dan aku harap kau akan sukses dalam apa jua bidang . Apa yang harus kau ingat, kita dulu pernah bersama-sama mengharungi masa-masa sukar. This friendship really bring thousand means to me..

2) Ikin- Aku tau ko tak ada blog.sbb ko amat patuh pada perintah dr. Alenkovan supaya siapkan website dia. Jadi ko tidak mahu berblog seperti aku dan juga leen. Tapi aku juga sgt menghargai kau. Aku kira, ko adalah org yang bersama-sama menghasut aku dan leen sentiasa makan dan mengkayakan lagi mak cik cafe kat Fakulti enginering ni kan. Anyway, aku terima kasih jgk kat ko sbb selalu tlg aku even aku dalam susah sekali pun. Dan juga, aku masih menuntut janji ko utk belanja aku sbb bawak ko beli kasut yg ko nak sgt tu..

3) Kak Reen- Agak terlewat menjoin aku, leen dan ikin kerana lmbt masuk. tapi apa2 pun aku sgt menghargai dia walaupun aku tak berapa rapat dgn dia. Aku juga harap dia kan berkekalan dgn manusia itu sehingga ke akhir hayat.

4) Faerrin- Aku tidak mengenali rupa mu, aku juga tidak penah tau apa warna kulitmu, tetapi aku amat senang dgn ko. Kita punya minat yg sama iaitu suka menulis blog. Aku amat suka mengkritik ko kerana aku tau pemikiran ko amat cenderung kearah positif. Aku juga berharap akan bertemu ko di alam nyata..heheheheh

5) En. Tongah- aku yakin dan pasti ko adalah satu tmpt belajar dan kawan kepada faerin. Aku juga kurang pasti adakah ko dgn dia tidur satu katil? hehehehe...anyway, nice to know u. Aku terima kasih kepada kau kerana memberi aku komen dan beberapa nasihat pada aku. Aku berharap ko tidak akan mendeletekan list blog aku daripada blog ko.. Semoga ko akan sukses..

Semoga ada kesempatan utk kita bertemu lagi.
Sayonara dan selamat tinggal.

Wednesday, November 7, 2007

Malam Pesta muda mudi

Aku sudah lama tidak menulis...bukan kerana terlalu sibuk,
tetapi aku ketandusan idea dan tiada mood utk menulis..
Malah hati aku juga turut disakiti oleh sikap pentadbiran yang ntah-apa-apa-ntah..
Aku kene sentiasa buat follow up borang yang dah berkurun lama aku anta..
Aku fed up dgn cara kerja diaorg.tak ada sistematik, tak inovatif dan tak berkualiti.

Malam semalam aku gi Cheras umah kakak aku utk dptkan cop pengesahan.
Mlm ni kene gi balik nak ambik kesemua 45 keping salinan yang telah disahkan.Nasib baik kakak aku consider sbb aku ni adik dia. Selalu aku mintak tolong Ketua Jabatan aku je tapi dia tak ada gi Chiang mai .
Lepas balik dari umah kakak aku, Joe ajak kuar minum. Aku call Farid suruh dtg lepak sesama.
Jam 10.30 mlm kitaorg jumpa kat Shell. Borak2 jap pastu gi kedai nak makan.
Aku tak ada selera nak mkn sbb da penat sgt. Seharian aku tak rest pun. Lepas abis kejer, terus gi umah kakak aku. Redah jam, redah hujan, dan semua anggota badan aku letih, lesu dan penat.


aku dengar Joe cerita pasal game rugby 24hb ni kat mana ntah..
Aku rasa mcm dengar mcm ni la
"eh farid, ko call la bebudak lain confirmkan tarikh" joe ckp smbil hisap rokok
"da la,aku da call tapi amir ckp tukar tarikh"farid balas.
aku da letakkan kepala atas meja da.aku penat sgt
" Nnt ko confirmkan dgn amir, pastu bgtau bebudak lain" Aku dgr joe balas.
"Yela..nnt aku buat la" FArid balas smbil minum air..

Tetiba diaorg senyap..aku pun senyap je la..
Bukan apa, aku malas nak interfere pasal function diaorg. yg Aku tau,aku support aktiviti 2 org yang amat rapat dgn aku sejak sekolah lg ni.
Aku kawan dgn diaorg sejak sekolah. Aku makin rapat bila aku dapat masuk UKM masa 2004. kebetulan Joe dapat keje kat Hotel Palace Golden Horses sebagai chief.
Memula dia tak suka keje tu, tapi aku dengan farid bgtau dia supaya teruskan keje. Farid duduk Nilai, Joe duduk Kajang, Aku duduk Bangi.
Jadi tempat aku tgh2, menjadi tempat biasa kitaorg jumpa.
Bulan 8 aku grade,n still keje kat Bangi, jadi tak ada masalah la.
Awal tahun 2007, Joe masuk Competition Ice Carving peringkat Asia kat KLCC representative Hotel dia.
Aku ingt lagi, Joe cuak dan mengigil sbb dia tak ada idea nak ukir ais tu jadi apa . First time dia masuk Competition besar selain ragby.Masa makin berjalan ,ais pulak makin mencair.
Tapi aku dgn Farid sebagai kawan, sentiasa sokong dia..(padahal tak tlg apa pun...tgk je dia mencarut ntah apa-apa)
At last, Joe dapat tempat kedua dan kami memang bangga dgn Joe. Ais yg dia ukir gambar ikan dgn laut. Aku tak igt mcmana da rupa bentuk ais dia tapi dia sgt gembira. Aku dgn Farid juga amat gembira.....(sbb Joe mesti belanja kitaorg ...heheheheh)

"wei.."joe tempik sambil tepuk meja makan..Terperanjat aku
"pehal ko tdo kat sini ni.ngantuk sgt ke?" Joe menjegilkan mata dia kat aku
Aku bangun dan pandang sekeliling..Ya Allah. Aku kat restoran lagi..mcmana aku bole tertdo kat atas meja ni..malu aku..jatuh saham aku bila mamat2 kat situ pandang aku..
memang joe dgn Farid gelak aku kuat2 kat situ..memang s***,

Aku bangun ambik kunci kete , balik umah.Aku suruh Joe dgn Farid tgg aku kat kedai tu.
Sampai umah, aku mandi, tukar baju pastu kuar balik jumpa diaorg.
Sampai je, aku terus rasa lapar, order makan dan makan lagi..
Aku makan sambil ditemani oleh Farid dan Joe yg memang mulut tak reti diam mengejek aku.
Nak aje aku stapler mulut memasing dengan dawai kokot saiz besar..Biar diam skit.

Malam itu, aku gembira walaupun aku digelakkan oleh kawan-kawan aku..
Yang penting, aku kenyang...
Aku makan ada org yang temankan aku..
Aku makan ada org belanja aku..hheheheh



Friday, November 2, 2007

Aku tidak suka kepada kau

Setiap org itu ada kelemahan dan kekuatan dalaman masing-masing
Tapi aku masih tak tau apa kekuatan aku..
yang paling ketara sekarang, adalah kelemahan aku yang semakin aku nampak dan
membuat hidup aku huru hara..

Aku tak malu untuk mengaku itu adalah kelemahan aku..
Aku juga bersedia menerima ia,
dan aku juga sedia untuk merubah sikap itu..
Tapi aku amat payah sekali untuk merubahnya..
ia selalu datang tak kira keadaan dan masa aku..

Aku amat sukar sekali untuk memilih antara 2 benda,2 perkara, 2 org mahupun 2 pekerjaan..
Aku tak pandai membuat keputusan!!!
Dan itu adalah kelemahan aku yang paling ketara..
Mcm-mcm da aku lalui tapi aku masih tak dapat memperbaiki kelemahan aku..
Aku sakit hati dan
Aku merana,
aku takut org sekeliling aku juga turut merana kerana sikap aku..

Mcm lunch td, aku tak tahu bahagian ayam mana yang perlu aku pilih utk mkn..
Aku juga turut rungsing minuman apa yg aku nak minum..
Aku terpaksa meminta pendapat kawan-kawan aku..
ok..x pe la..itu hal kecik..

Tapi agak kronik, bila aku tgh drive..
aku tak pasti samaada nak guna Elite Highway ataupun Federal Highway utk ke Shah Alam.
Aku terpaksa tpon abg aku tanya jalan mana yg bagus..

Agak teruk bila ia melibatkan hati dan perasaan org lain..
Aku tak tau mcmna nak mintak hutang kengkawan aku dgn aku..
Aku takut diaorg terasa, tapi pada masa yg sama aku perlu duit itu..
Aku tak tahu mana satu org yang paling memahami aku..
dia atau org lain yg rapat dgn aku?
Aku takut tersalah pilih..nnt aku akan sakit dan merana.

Paling teruk bila kelemahan aku ini melibatkan masa depan aku.
Aku nak sambung peringkat master tapi ayah aku prefer aku kerja dulu..
Aku tak tau mana satu yang aku nak..
sambung master atau kerja dulu.?
Aku tak tau dan sampai sekarang aku tak tau apa keputusan aku..

kadang-kadang, aku dapat 2 offer job yg agak bagus..
tu pun aku tak bole decide yang mana satu..
aku huru-hara la sebb sikap aku ni..
nyah kau si huru-hara..
Pergi ko dari hidup aku..
Aku tak mahu kau terus ganggu aku lagi!!!

Sekarang ni aku juga tak tau
aku patut balik umah ke atau duduk bangi sampai esok tgg ayah aku ambik?
errr...aku sgt lemah nak buat keputusan...