Friday, December 14, 2007

Semalam ada lori jahat

sudah lama sgt aku tak up date..bz sgt..baru semalam aku dgn lin siapkan report utk hanta ke dr muriati. even penat pun tapi aku tetap buat jgk.
Ada beberapa benda tak best yg berlaku sepanjang mgg ni.

1st--> Ada lori bengong atau lebih tepat pemandu yang tak berhemah malah boleh dikategorikan sebagai pembuli jalan raya atau lagi nak kejam, penjenayah jalan raya telah melanggar belakang kereta aku dan memecahkan lampu signal kete aku serta mengkemekkan bumper belakang kereta aku. JAhat punya mamat lori. Kebetulan hari yang sama aku dapat payment dari putrajaya. Ceh! Aku da tau ke mana duit aku itu akan pegi.

Aku sebenarnya hati batu, tetapi bila benda yang melibatkan harta benda aku Ehem..ehem pembetulan.. harta benda mak dgn ayah aku aku jadi sensitif. Aku terus tpon ayah aku bgtau hal sebenar. Dia suruh aku balik hari ni nak tgk keadaan kereta mcmana. sedih tapi let gone be by gone..

hehhe..ok this week jgk, lin ajak aku gi eye on malaysia. Aku da naik tapi waktu siang. Nak naik waktu malam sbb nak shoot gambar, tapi da kene balik so aku tak dapat join diaorg... Tak pe la, aku igt nnt end of this month nak gi bercuti dgn diaorg sekali. hehehe. for the last time kitaorg berjumpa sbb lpas ni separate dengan haluan memasing.

Aku dgn kejer.
Aku skrang da ok dgn bebudak ofis aku.Aku ada kenal dgn sorang mamat ni bernama hafiz dan hopefully dia tak dapat cari aku nyer blog ni hehehehhe..Aku agak rapat dgn dia sbb dia je yg aku boleh berborak. TApi tu la..dia pulak da nak abis kontrak.So, nnt at last, aku jgk akan sensorg. Aku igt nak resign je keje tu tapi kene dapat kan keje lain dulu. AKu da malas nak carik kejer. Malas nak rasa takut pegi interview lagi. Malas nak siapkan resume dan malas nak cari tmpt gi interview.
tak pe, aku igt nak smbg study je..hehehe..next time aku akan fikir lagi.

Oh Ye.mgg ni aku kene balik..aku ada beberapa konflik dgn diri aku sendiri. Sbb aku suka konfius dgn keadaan sekelilinfg Contohnya, aku telah mereload touch n go aku smpai ada beberapa ratus dalam tu. Alangkah baik kalo aku bole kuarkan duit dalam touch n go tu dan membeli beberapa helai baju dan jeans. eeiii..ntah menda lah aku ni

Aku ada plan nak jumpa dgn member lama aku. Mmber since aku form 1 lagi. Da lama tak jumpa dia.So, hopefully aku boleh baiki kereta aku secepat mungkin dan boleh gi jumpa dia...
Ok..aku sudah penat dan mahu kemaskan barang utk pulang ke rumah berjumpa bonda dan ayahanda tercinta..chow..

3 comments :

  1. Hujan Malam said...

    otak tgh serabut ke?xpe2..relax2 settle kn 1 1 masalah anda..(saje singgah blog kamu?hehe

  2. Lucca D Jiwa said...

    erk... busy sgt nampak?

  3. leen said...

    huhuhu..drebar lori tuh mmg jahat!!!

    ombak jahat!!!
    ombak jahat!!!!
    ombak jahat!!!!!